Thursday, May 14, 2015

I am terrer speaking you know?

Aku yakin, semua orang boleh cakap bahasa Inggeris.

Bukan susah pun.

https://www.youtube.com/watch?v=oegeBge8qaM

Okay. Lame.

Aku perasan banyak dialek bila orang cuba 'speaking' dalam bahasa Inggeris. Ada yang pelat india, dia punya omputih ade bergulung-gulung sikit lidah.

Kalau style chinese, dia punya omputih, biasanya tunggang terbalik.
"Eh, I tot you oredi call dat guy meh?
"Cannot do la that one. People kill you wey. I don't bluff one."

Kalau Melayu?

Aku taktau disebabkan lidah melayu yang fleksibel ataupun apa, aku tak perasan sebarang 'pure' dialek omputih melayu. Yang aku perasan banyak yang ambilan dari culture lain.

Antara yang popular:-


  • Macam cina punya omputih - seperti atas.



  • Acah-acah mat saleh punya omputih - banyak sss. Sikit-sikit nak ssss.

"I thoughts thats wes wants to achieves powerfuls things heres, We ares chemicals engineerss!"


  • Ni yang banyak - omputih takut-takut

"Err.. Urmm. I think that.. We should do.. erm.. how to say.. aaa.. Dat one la!"

Sepanjang pengalaman aku yang tak berapa lama, aku rasa benda ini menjengkelkan. Sebab apa?

Sebab aku dalam Malaysia, dimana bahasa kebangsaan adalah bahasa Melayu. Kenapa aku nak kena rasa bersalah bercakap dalam bahasa aku sendiri?

Aku boleh faham kalau ada seorang dua 'omputih' dalam mesyuarat, yelah, cakaplah. Nanti terpinga-pinga pulak orang putih tu.

Cian.

Setakat satu dua frasa Inggeris yang nampak bangang bila diterjemah ke bahasa melayu tu, kira okaylah bagi aku. Bayangkan kau nak bercakap istilah yang kau belajar kat sekolah dulu, "Untuk menyelesaikan masalah ini, saya mencadangkan kita menentu ukur 'Kenaikan Poin Takat Didih'".

Bunyinya boleh tahan, tapi tak pernah lagilah aku dengar.

Kenapa aku beriya-iya?

Sebab kebanyakan mesej itu takkan sampai. Lalu terawang-awang atas angin. Langsung tindakan jadi lemah, dan hasilnya menjadi sampah.

Itulah, siapa suruh masuk syarikat multinasional.

Pengalaman. Kalau tak, tak adalah merasa guna bahasa orang putih, bercakap dengan orang putih, pergi tempat orang putih, dan balik dari negara orang putih dengan satu realisasi yang negara Eropah ni rata-ratanya tak peduli sepatah haram pun dengan bahasa orang putih.

Try pergi France/Germany/Switzerland, kau ingat dengan bahasa Inggeris kau boleh hidup?
in Ihrer Träume!
(google translate je - dalam mimpilah!)

Sedikit perca puisi dari Sasterawan Negara-

Kurang Ajar

Sebuah perkataan yang paling ditakuti
Untuk bangsa kita yang pemalu.

Sekarang kata ini kuajarkan pada anakku;
Kau harus menjadi manusia kurang ajar
Untuk tidak mewarisi malu ayahmu.

Lihat petani-petani yang kurang ajar
Memiliki tanah dengan caranya
Sebelumnya mereka tak punya apa
Kerana ajaran malu dari bangsanya.

Suatu bangsa tidak menjadi besar
Tanpa memiliki sifat kurang ajar
~ Usman Awang



Wednesday, May 13, 2015

Mat Jenin jadi Engineer

Pagi bermula dengan sungguh indah dan syahdu. Laungan azan Subuh yang merdu memecah kebuntuan fajar diselang selikan bersama kokokan ayam yang sedikit serak mengejutkan jiwa-jiwa yang berselimut agar bangun dengan penuh bersemangat.

Lantas terus bersiap untuk mengerjakan kewajipan pagi dan terus bersedia untuk ke tempat kerja yang semestinya menjanjikan satu pengalaman baru dan keseronokan yang tidak terhingga. Setelah mengenakan persiapan paling indah nan segak yang telah disediakan dari semalam, sepatu hitam berkilat berjenama Bally dikenakan untuk melengkapkan gaya berlagak-berlagak.

Tanpa bertangguh, jentera segak Suzuki Hayabusa GSX1300XR dihidupkan. Sekali sekala dipulas minyak tanpa sebab konkrit, mana tahu jiran-jiran yang masih tidur bisa bangun menyertaiku untuk menghirup udara segar bercampur bau minyak enjin mahal yang kusajikan kepada meraka di pagi yang hening ini.

Lantas bergerak ke kamar kerja melalui jalanraya yang lengang, dek kerana waktu kerja yang diselaraskan penguatkuasa mengikut kesesuaian trafik, tiada istilah jalan sesak didalam kamus hidupku. Meredah jalan tar yang rata dan luas, hal keselamatan tidak perlu dipertikaikan lagi kerana itu ceritera sebelum merdeka. Ini 2015, kereta sudah mampu terbang! 

Sambil meredah jalanraya, sesama pemandu tidak lekang menghamparkan senyuman, tidak kira kecil atau besar. Siaran di radio penuh dengan motivasi pagi yang segar dan lagu-lagu dakwah tanpa sebarang iklan yang menjengkelkan, mahupun menjadikan agama sebagai lapik modal. Ya, diatas motorsikal pun pemandu mampu mendengar siaran radio, membuatkan pemandu kekal fokus sehingga ke destinasi.

Sekali sekala melambai-lambai petugas stesen minyak untuk memberikan teh/kopi percuma untuk pelanggan yang singgah. "Ah, sebentar sahaja," bisik hati kecilku. Lalu direnggut teh o yang disediakan gadis-gadis genit di stesen minyak itu sambil menjeling manja. "Nak suruh beli minyak la tu, huh!". Sedang molek, lampu minyakku menyala. Ah, apa nak dikisahkan, RM1.00/liter pun hendak berkira? Strategi gadis-gadis genit itu berjaya. Cis.

"Nak isi berapa tuan?"

"RM10."

"Hari ini kami ada promosi, tuan bayar RM5, kami bagi percuma full tank. Pemilik stesen buat sedekah jariah hari ni."

"Sedang molek!"

"Terima kasih tuan, datang lagi!" ujar engineer pam tersebut, kerana itu yang tertulis di tag namanya. "Maslan , Pump Engineer"

Perjalanan langsung diteruskan lagi sehingga ke destinasi. 

Sesampainya di perkarangan kerja, CEO sudahpun menunggu dengan tangan terbuka. 

"Celaka apa pulak dia nak bagi kat aku hari ni?" Ujarku dalam hati.

"Hai Fiq, disebabkan prestasi report you semalam, I nak bagi pingat dekat you sebagai tanda penghargaan. You punya meja saya sudah letak itu satu assistant."

Dapat assistant beb.

Lalu perjalanan dari parking ke pejabat yang hanya sekangkang kera menjadi sejauh 10km disebabkan ketereksaitedan mempunyai assistant. 

Sesampai di daun pintu pejabat, terlihat dari jauh satu sosok putih terduduk manja di atas mejaku.

Shape yang begitu menggiurkan, dengan trend yang up to date. Idaman setiap senior engineer, walaupun di mulutnya mengatakan tidak, jauh disudut hati, tidak mungkin dikatakan tidak pada sosok itu jika diberikan percuma.

Ipad Tab 26s putih. Your reliable assistant. Aku bagi nama Cotton sebab putih macam kapas.

Dengan berlagaknya dibawa masuk Cotton ke dalam perusahaan. Suasana riang menyelubungi keseluruhan lantai tatkala pintu dibuka selepas tangan diimbas. Sekuriti tercanggih haruslah padan dengan perusahaan yang canggih. Tiada istilah operator digunakan, semuanya engineer. Hanya duduk duduk saja di meja sambil melihat produk dihasilkan oleh robot-robot jumud yang menurut perintah.

Soal gaji tidak pernah menjadi masalah untuk engineer-engineer ini, malahan frasa 'union' tidak ada dalam kamus perusahaan, kerana pentadbirannya yang kemas menyebabkan tiada hak yang perlu dituntut. Satu famili bahagia. Katakan saja apa dimahukan - takaful premier dengan perlindungan 4juta setiap seorang, bonus 12 bulan minimum, makan pakai disediakan. Barulah kena dengan produk yang dihasilkan- susu minda genius!

Sesampainya saja di plant, hanya berborak mengenai kebaikan pemimpin dan berbincang mengenai sejarah islam yang agung. Tidak lupa mengambil pengajaran dari sejarah Aristotle dan Plato. Plant berjalan sendiri, tidak apa yang perlu dirisaukan. Yang hanya perlu difikirkan, hanya negara mana yang perlu dilawati pada hujung minggu.

Paperwork? Itu zaman penjajahan British. Ini 2015!



Eh, kenapa azan subuh lagi sekali ni?

Tidak, da 5:30pagi.
Aku da lambat!

Celaka punya mimpi.